Monday, 13 July 2015

ANDA MENJADIKANNYA KENYATAAN - BERSAMA AMWAY

AMWAY MEMUNGKINKANNYA

"Kami ingin lakukan - tetapi kami tidak boleh". Tiada lampu ajaib untuk digosok bagi menjelmakan jin kejayaan dalam perniagaan ini ataupun yang lain. Namun, ada sikap yang anda boleh terapkan dan tindakan yang anda boleh ambil yang akan memungkinkan kejayaan anda.

  1. KEKAL FOKUS DAN BERSEMANGAT DENGAN MATLAMAT ANDA.- Kekal teruja dengan impian anda, dan anda boleh menjadikannya kenyataan.
  2. BERSIKAP TERBUKA DAN SANGGUP BELAJAR.- Ramai Pengedar berkata bahawa sebaik sahaja mereka sedar bahawa mereka tidak mempunyai semua jawapan dan mula benar-benar mendengar dan belajar daripada pengedar atasan, mereka mula berjaya. Manfaatkan pengalaman dan sokongan di sekeliling anda. Barisan penajaan anda adalah sumber maklumat, latihan dan galakan.
  3. PIKUL TANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA KEATAS KEJAYAAN ANDA.- Sebagai pemilik perniagaan bebas, anda mesti sedar bahawa kejayaan adalah terserah kepada diri anda sendiri.
  4. GUNA PRODUK.- Tiada cara yang lebih baik untuk mengetahui dan menghargai produk AMWAY selain menggunakan. Ia merupakan langkah pertama ke arah penjualan yang berjaya.
  5. HADIRI PERJUMPAAN ORGANISASI PENGEDAR ANDA.- Barisan penajaan anda adalah sumber yang tidak ternilai. Pastikan anda menghadiri semua aktiviti dan anda akan bertemu dengan sekumpulan insan yang bersemangat dan prihatin yang akan berada disisi anda untuk menyokong ketika anda mengambil langkah pertama dalam membina perniagaan anda.
  6. PERLU BERTERUSAN, PERLU KONSISTEN.- Barangkali ia merupakan perkara peling banyak kita dengar daripada orang yang berjaya- kerana ia benar-benar berhasil!Seperti yang dinyatakan oleh seorang Pengedar, "Ia permainan angka. Lebih ramai orang yang anda layan bercakap, lebih besar peluang anda untuk berjaya." Anda tahu apa yang diperlukan, cuma perlu lakukan sahaja.
  7. BERSEDIA UNTUK BEKERJA.- Tiada galang ganti untuk kerja kuat - jika sesuatu akan berlaku, anda yang mesti menjadikannya berlaku. Kegagalan bukan kejatuhan; ia kekal disana selepas anda jatuh. Jadi, bangkitlah kembali!
  8. KEKALKAN PANDANGAN POSITIF. - Jadilah seorang yang optimis. Mengenai kemampuan anda untuk mencapai, bersedia untuk menerima sesuatu dengan sebaik-baiknya meskipun anda menerima yang terburuk. Setiap hari adalah hari yang baru, penuh harapan. Bunyinya mudah bukan? Mungkin. Tetapi kejayaan sering datang kepada mereka yang mempraktikkan kerja keras dan pemikiran kreatif ke atas idea yang ringkas. Dan itu bukan rahsia lagi.

(Rujukan: Hak Cipta 2014 AMWAY (B) Sdn.Bhd. dan AMWAY (Malaysia) Sdn.Bhd. (22062-P)AJL93010. Semua hak cipta terpelihara.)

No comments:

Post a Comment